
Selalu dengan dalam masyarakat kita, kedengaran soalan-soalan pada kanak-kanak.. "bila besar nanti nak jadi apa?". Maka macam-macam jawapan akan kita dapat dari kanak-kanak yang bersih dan belum tahu menimbang dengan baik antara yang haq dan yang batil. Jawapan tersebut tak lebih dari sekadar pengaruh ibu-bapa dan persekitaran kanak-kanak tersebut dengan keadaan dia sendiri tidak faham dengan betul apakah yang diucapkannya itu..
Rata-rata ibu-bapa amat suka anak-anak mereka mempunyai cita-cita yang besar. Maka berlumba-lumbalah kita menanamkan semangat pada anak-anak kita, agar bila besar nanti anak kita tersebut akan menjadi engineer/doctor/arkitek/peguam etc.. Malah yang lebih menarik lagi dalam keadaan negara kita malaysia ini angkasawan! :)~
Kita sebenarnya sedang memupuk satu budaya yang sangat tidak sihat terhadap anak-anak kita dalam keadaan kita tidak sedar.. kita sedang memupuk kepada anak-anak kita supaya lebih cintakan dunia.. kita juga sedang menanam kepada anak kita bahawasanya dunia inilah matlamat kita sebagaimana target atau cita-cita tersebut..
Soalan yang lebih menarik kalau ditanyakan... setelah tercapainya cita-cita tersebut.. apakah ini menandakan kita sudah berjaya? Dan disitulah ending hidup dan kejayaan kita?
Aku bukanlah nak menafikan satu kaedah motivasi supaya anak-anak kita berjaya dalam hidup. Tak salah kita meletakkan satu target dalam hidup kita dari masa ke semasa... Namun adalah menjadi satu kesilapan besar bila kita menjadikan dunia ini sebagai target yang utama. Membentuk gaya fikir kanak-kanak dengan menanamkan cita-cita dunia yang perlu mereka kejar dalam hidup ini sejak dari kecil adalah sesuatu yang amat tidak munasabah dalam usaha membentuk masyarakat hebat.. sepertimana yang selalu kita laung laungkan... cemerlang gemilang terbilang?...
Maka aku berpendapat, kita patut menanamkan dan memahamkan anak-anak kita bahawasanya tujuan hidup kita ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan cita-cita setiap Muslim itu adalah untuk masuk syurga. Dunia ini sekadar jambatan yang akan menghubungkan dunia ini dengan akhirat.. Maka kita perlu jadi yang terbaik dalam semua hal hanya semata-mata sebagai satu jalan pengbadian diri kepada Allah dalam usaha meninggikan saham akhirat kita dan memastikan kita kembali ke syurga.
Maka akan lahirlah generasi-generasi baru yang hebat! Cita-cita dunia itu hanyalah minat atau kecenderungan individu terhadap ilmu dunia yang mana dia boleh jadikan jambatan yang membawa ke akhirat.. Untuk memastikan minat dan kecenderungan itu boleh membawa dengan jayanya dia keakhirat maka garis panduan al-Quran dan Sunnah perlu dijadikan neraca timbangan dalam segala hal. Percaya atau tidak kita sedang membina generasi yang sangat hebat sekira hal ini dipupuk. Adalah lebih baik dijadikan silibus sekolah terus.. Kalau aku jadi Menteri Pendidikan for sure awal-awal lagi aku dah buat.. Tapi disebabkan aku hanya ada kuasa dalam keluarga, maka silibus ini memang dah lama aku wujudkan untuk pemahaman anak-anak aku..
*** - maaf atas ayat dan penjelasan yang kurang baik.. dah lama tak menulis + mengatuk... aku harap point aku dapat difahami dan difikirkan semula..
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Az-Zariyat: 56)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment