
Oleh: Haji Kamin
Sumber: http://al-ahkam.net
Imam al-Ghazali atau nama penuhnya Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Thusi lahir di Thus (450H), dianggap sebagai tokoh dari kalangan tokoh-tokoh Sufi. Beliau telah mengasaskan kaedah-kaedah dan ilmu-ilmu Tasauf didalam buku-bukunya, terutama sekali kitabnya Ihya' Ulumiddin (The Revival of Religion Sciences). al-Ghazali dikenali dikalangan para-para ilmuan sebagai Hujjatul Islam, dimana ilmu Tasauf menjadi hujah beliau didalam perbincangan kesufian.
Kehidupan kelilmuan Imam al-Ghazali melalui pelbagai peringkat. Bermula dari falsafah, dimana beliau telah keluar darinya, dan menjawabnya kembali. Beliau telah mengkrtitik ajaran Batiniyah, dan menjelaskan kebatilannya didalam dogma dan nas-nas yang telah di manipulasikan.
Al-Ghazali telah menyaksikan kepincangan yang berlaku didalam tahap pembentukan ilmu kalam, falsafah, batiniyah dan kesufian, dimana sebahagian dari ajaran tersebut telah menyimpang dari ajaran sunnah Nabi :saw dan al-Quran.
Tahap yang terpenting didalam kelimuan Imam al-Ghazali adalah didalam bidang Manhaj Ta'wil. Beliau telah meningkatkan kritikan kepada ahli ilmu kalam dan pengikut-pengikut mereka, dimana beliau sendiri pada masa itu berada pada peringkat kesufian yang mendalam. Ini berlaku pada tahap sebelum kematiannya. Beliau mengutuk keras kaedah ta'wil didalam ilmu Kalam dan mengatakan bahawa itu semua adalah bid'ah mazmumah dan bertentangan dengan pendirian Salaf. Kritikan ini boleh didapati didalam karangan akhir-akhir beliau (إلجام العوام عن علم الكلام) 'iljam al-awwaam 'an ilmil Kalam' (ms 96, 107-108).
Pada peringkat akhir hayat beliau, aliran salaf merupakan pegangannya. Katanya : (الحق مذهــب الســلف، وأن من خالفهم في ذلك هو مبتـــدع) 'Yang benar adalah Mazhab Salaf, dan mereka yang menyanggahi mereka adalah ahli Bid'ah' ('iljam al-awwaam 'an ilmil Kalam, ms. 62)
Didalam Tabaqaat al-Subki (4/110) ada menjelaskan bahawa al-Ghazali melalui peringkat ketidak stabilan pada awalnya dan keadaan menjadi lebih jelas pada peringkat akhir hayatnya. Telah diriwayatkan bahawa beliau pada akhir hayatnya kembali kepada hadith-hadith sahih, dimana beliau sendiri mempelajari dan menghafal kitab sahih Bukhari dan sahin Muslim. Dikatakan pada penghujung penghidupannya, beliau telah mendengar Sahih al-Bukhari dari Abu Sahl Muhammad Abdul Hafsi, dan sunnan Abu Daud dari Qadhi Abu al-Fath al-Haakimi al-Thusi.
Diceritakan oleh murid beliau, Abdul Ghaafur al-Farisi mengenai tahap akhir penghidupan gurunya : pada peringkat akhir beliau telah menunjukkan minat yang mendalam berkenaan hadith al-Mustafa (Hadith Nabi :saw) dan mentelaah Sahih Bukhari dan Muslim.
Menurut Ibn Kathir : (pada hari hayat) dia telah pulang ke negerinya Thusi dan tinggal disana, membentuk perhubungan, mengadakan rumah yang baik, menanam tanan-tanama di kebun yang indah, membaca al-Quran dan menghafal hadith-hadith sahih..... dikatakan pada akhir hayatnya, beliau lebih cenderung kepada mendengar hadith-hadith al-Bukhari dan Muslim dan menghafalmnya. (al-Bidaayah wa al-Nihaayah 12/174).
Syeikh Ibn Taimiyah rh. menyatakan bahawa al-Ghazali pada akhir hayatnya telah kembali berpegang kepada Ahl Sunnah wa al-Jamaa'ah. Beliau telah mengkhususkan kepada al-Quram dan Sunnah, dan beliau mengkritik ilmu kalam dan cabang-cabangnya. al-Ghazali menasihatkan ummah untuk kembali kepada kitab Allah dan Sunna Rasulullah :saw, dan mengamalkan apa yang mereka amalkan, sebagaimana juga jalan para sahabat. (Majmu' Fataawa, 4/71)
Kata Ibn Taimiyah : (وإن كان بعد ذلك رجع إلى طريقة أهل الحديث وصنف إلجام العوام عن علم الكلام ) 'Selepas itu beliau telah kembali ke jalan Ahli hadith, dan telah menulis kitab iljam al-awwaam 'an ilmil Kalam' (Majmu' Fataawa, 4/72).
Diantara intipati penting buku al-Ghazali yang berjudul iljam al-awwaam adalah:
- beliau mendakwa bahwa mazhab yang sebenar adalah Mazhab para Salaf kerana is merupakan Mazhab para Sahabat dan Tabien.
- mengkritik ahli-ahli kalam yang menta'wil sifat Allah swt didalam proses memurniakan ilmu kalam.
Bagi mereka yang ingin memuat-turun (download) buku al-Ghazali ini, bolehlah mendapatkannya di link berikut ini :-
إلجام العوام عن علم الكلام - iljam al-awwaam 'an ilmil Kalam
URL : http://www.ghazali.org/works/iljam.pdf
Sekian, wassalam
Adaptasi dari artikel : عودة أبو حامد الغزالي إلى السنة - 'Audah Abu Haamid al-Ghazaalii ila al-Sunnah.
URL : http://www.saaid.net/feraq/el3aedoon/25.htm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment