
Kebelakangan ini aku benar-benar sibuk, ketandusan idea, blur dan macam-macam lagi lah... Mungkin hasil dari penglibatan aku dengan banyak project-project peribadi bersama rakan-rakan office, ditambah dengan beban kerja semasa campur lagi kerja-kerja dakwah yang perlu diberi perhatian... Walaupun sumbangan aku taklah sebesar mana dalam arena dakwah ni.. Namun keletihan itu benar-benar satu nikmat!
Walaupun dua tiga kali aku terbabas tido depan PC dek tak boleh mengawal tahap mengantuk yang amat sangat... Maka terjadilah sekali sekala tragedi menaip dalam keadaan mamai yang menyebabkan orang yang membaca pun tak faham apa isi yang aku cuba sampaikan.. thehehehe.. dah macam lalok plak...
Melihat blog peribadi aku yang terbiar sesorang ni... walaupun aku berazam nak buat pengisian juga walaupun sedikit.. aku gagahkan jugak la menulis sedikit, share dengan mereka-mereka yang sudi membaca, kadar pemikiran dan pendapat aku yang belum tentu betul ini... Biasa la nama pun pendapat.. anda berhak untuk menolak atau menerimanya...
Ok.. pergi kepada topik yang dah berkurun lama terpendam dalam otak aku, cuma tak sempat zahirkan kat blog ni saja... Masalah BERJAYA... Apa kita semua faham dengan BERJAYA? Masing-masing kita mempunyai penilaian berbeza-beza tentang takrif berjaya.. Ada yang melihat berjaya ke menara gading itu sebagai BERJAYA, ada yang melihat berkereta besar atau berumah besar itu sebagai BERJAYA, ada juga yang melihat kedudukan pangkat atau kadar kewangan seseorang itu sebagai BERJAYA... Lazimnya dalam masyarakat kita, sedar atau tidak, kita mengukur kejayaan itu berdasarkan nilai wang atau harta yang dimiliki oleh seseorang.. Walaupun tidaklah secara kesuluruhannya.. namun kebanyakkan kita menilai dalam keadaan begitu...
Kenapa belajar? Sebab nak masuk menara gading dan menuntut ilmu katanya.. Kenapa nak menuntut ilmu sampai menara gading? Sebenarnya targetnya adalah nak memperolihi pekerjaan yang hebat.. Kenapa nak kerja hebat? Nanti bayarannya pun hebat.. Apa masalah dengan bayaran hebat.. Orang akan kata... BERJAYA dah kawan kita sorang tu.. ( kalau riak / takbur buleh dosa dah satu pasal kat sini - Tuhan pun benci! )
Kita boleh nafi benda ni.. tapi hakikatnya berlaku dalam kebanyakkan masyarakat kita. Sedar atau tidak, kadar kejayaan diukur berdasarkan kadar harta dan kewangan seseorang... Aku tidak mengatakan salah untuk berharta.. satu benda yang sangat baik kalau kita berharta dan mempunyai kewangan yang mantap.. Namun mengukur kejayaan itu berdasarkan ukuran kewangan atau harta adalah sangat tidak tepat.
Aku sedar kita tidak mempunyai fasiliti yang lengkap untuk mengeluarkan seorang Angkasawan, tah macam mana timbul isu Angakasawan Negara ini aku sendiri tak berapa faham, tapi tak mengapalah kita ambillah saja contoh Angkawasan, memandangkan banyak poster Angkasawan disekitar kita sekarang ini...
Katalah... sesorang itu dikatakan BERJAYA setelah menjadi seorang angkawan. Kalau dah jadi Angkasawan maka dia dikira sudah BERJAYA? Dan adakah kejayaan itu terhenti disitu, sedangkan masih banyak sisa hidup yang perlu diteruskan.. Adakan kerana dia dikatakan sudah BERJAYA? maka adakah dia tidak perlu untuk berusaha apa-apa lagi? Sudah tentu tidak.. ada kejayaan lain yang perlu dikejar.. Maka apakah itu kejayaan yang sebenar?
Berdasarkan pemahaman aku yang dhaif ni.. hidup kita ini tidak lain dari hanya mengabdikan diri kepada Allah semata-mata.. Dah dijelaskan didalam al-Quran pun bahawasanya hidup kita ini untuk mengabdikan diri kepada Allah.. kalaulah kejayaan yang kita anggap sebagai BERJAYA itu tidak dapat memberi manfaat kepada orang lain.. dan tidak dapat menjana ganjaran pahala untuk kita, adakah kita dianggap sebagai berjaya? Seorang Angkasawan yang tidak dapat menjana pahala untuk dirinya sendiri dan tidak dapat memberi manfaat kepada orang lain... adakah dia dianggap sebagai BERJAYA? Dari kacamata masyarakat mungkin ada yang mengatakan YA! Hakikatnya? Tidak sekali-kali!
Kenapa? Tidak penting seorang Angkasawan itu kalau tidak dapat memberi manfaat kepada orang lain. Contoh lain.. apa penting seorang doktor kalau dia tidak dapat mengubati orang lain? Dan.. perlukah ada doktor kalau tidak ada orang disekelilingnya yang sakit? Atau tidak ada orang dalam sesuatu kawasan melainkan seorang doktor lelaki sahaja dalam kawasan tersebut. Maka apa penting peranan doktor bila tiada sesiapa melainkan dirinya?
Tidaklah penting seorang doktor bila tidak ada pesakit, tidaklah penting seorang mekanik bila tiada kereta/motor, tidaklah penting seorang petani bila orang dah tak makan sayur. Hakikat dunia ini, kita bergantung antara satu sama lain.. tak kiralah apa saja kerjaya kita.. tugas kita itu perlu memberi manfaat kepada orang lain.. Dan kita tidak akan berdiri bersama kerjaya kita itu juga, kalau tidak ada orang lain... Petani memerlukan Perdana Menteri untuk menguruskan negara dan hal ehwalnya.. Perdana Menteri memerlukan petani untuk menghasilkan makanan baginya.. Begitulah kerjaya lain sekalipun. Kurangnya satu kompenen kerjaya itu akan menjadikan satu masalah kepada keseluruhan komponen.. Tidaklah satu kerjaya itu lebih penting dari satu kerjaya yang lain sekiranya ia tidak dapat memberi manfaat kepada orang lain... Semua kerjaya penting! Kita semua berperanan dalam dunia ini! Dan kita memerlukan antara satu sama lain.. So tak payah nak besar diri kat sini..
Maka aku berpendapat.. tidak berjaya seseorang itu selagi mana apa yang dianggap BERJAYA oleh dirinya itu, tidak dapat memberi manfaat kepada orang dan tidak dapat memberi ganjaran pahala kepadanya. Kerana... pahala dan manfaat yang dihasilkan itu jugalah.. yang akan menentukan kejayaan seseorang itu di akhirat kelak. Maka slogan "Berjaya Didunia dan Diakhirat" hendaklah ditafsirkan sebagai "BERJAYA memberi manfaat kepada orang lain didunia yang mana menghasilkan pahala kepada si pelakunya dan akan membawa kepada kejayaan akhirat". Gagal memenuhi tafsiran ini.. Anda dikira sebagai tidak BERJAYA, walaupun mempunyai kereta yang lebih mahal dari roket angkasa.
Kita boleh melihat orang-orang yang berkereta besar, berdompet tebal, berpakaian mahal, bergaya hebat dalam segala segi.. maka akan ada yang mengatakan BERJAYA si fulan bin sifulan itu... Begitulah pandangan mereka-mereka yang kurang amalan didunia ini, bila berada pada alam akhirat nanti, melihat ganjaran Allah pada mereka-mereka yang banyak menghasilkan pahala ketika berpijak di alam dunia ini... maka ketika itu mereka juga akan berkata.. "Sesungguhnya inilah sebenar-benar kejayaan yang lupa untuk aku fikirkan ketika didunia dahulu... BERJAYA mereka-mereka ini semua.." dalam keadaan menggigit jari melihat betapa besarnya ganjaran Allah kepada orang yang mencari keredhaan Allah bersama limpah kurnia Allah kepada-Nya didunia ini.. Sesungguhnya Allah telahpun menzahirkan perumpamaan itu didunia ini dalam kita sahaja tidak memikirkan... Fikir-fikirkanlah...
Kesimpulan.. kadar kejayaan dunia.. diukur pada kadar manfaat yang dapat dihasilkan untuk diri dan masyarakat (pahala). Kejayaan dalam menghasilkan pahala yang banyak didunia akan menentukan kadar kejayaan atau level anda diakhirat nanti...
Akhir kata sembahyang pun jangan lupa, sembahyang itu membawa kita menuju kejayaan.. tak dengar ka laungan azan kata apa? "MARILAH MENUJU KEJAYAAN!". Sebab apa sembahyang membawa kepada kejayaan? Sembahyang generate pahala juga.. apa saja generate pahala membawa kita menuju kepada kejayaan.. Namun sembahyang adalah antara high priority dalam hidup yang generate pahala... Jangan lupa sembahyang! :)~
*** - segala contoh diatas adalah hanya perumpamaan peribadi dalam usaha nak memahamkan.. bukanlah satu situasi atau keadaan sebenarnya.. Ia tidak lebih dari hanyalah kadar imagine aku sahaja... Aku juga tidak menafikan kepentingan kewangan yang hebat dalam dunia hari ini, malah aku juga berharap semoga aku boleh menjadi jutawan satu hari nanti.. Namun... harap dapat difahami maksud artikel..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment